Tuesday, January 24, 2006

1EN-P1M4

Salam sejahtera pelajar-pelajar yang kukasihi sekalian.

Topik penulisan diari kamu pada Penggal 1 Minggu 4(P1M1) ini ialah tentang seseorang yang amat kamu kagumi. Kamu boleh menulis tentang sesiapa saja tetapi sertakan sebab kenapa dia kamu kagumi dan apakah sifat-sifat atau sikap-sikap positifnya yang boleh kamu contohi.

Pelajar lain boleh memberikan pendapat yang membina.

Tarikh terakhir tugasan ini ialah 30/Januari 2006.

Selamat Menulis...!!
n Selamat Bercuti!!

Monday, January 23, 2006

3E-P1M4

Salam sejahtera pelajar-pelajar sekalian..
Topik yang perlu kamu bincangkan minggu ini adalah

"Kegiatan Ko-kurikulum(CCA) wajib demi kepentingan pelajar. Jelaskan."

Pelajar diminta memberikan pendapat/kritikan yang membina/membidas pendapat2 teman-teman lain di bahagian "ADD COMMENTS".

Peringatan : Gunakan bahasa baku dan setiap pelajar hanya perlu mengemukakan SATU isi - HuRaI n Berikan CoNtOh!!
Tuliskan nama kamu diakhir tugasan .. contoh , Aminah Hamid, 3E1
Selamat mencuba.

Tarikh penutup bagi tugasan ini ialah Hari Isnin, 30 Jan 06.

Friday, January 20, 2006

selamat datang

Selamat datang ke lelaman guru-guru Bahasa Melayu HSCS!!
Di sini pelajar-pelajar akan berinteraksi serta bertukar-tukar pendapat untuk meluaskan lagi pengetahuan. Di samping itu ambillah peluang ingin untuk melahirkan kegusaran tentang apa-apa yang kurang difahami.

Ingin kami tekankan di sini bahawa penggunaan bahasa baku amat penting untuk mengekalkan prestasi penggunaan Bahasa Melayu kita.

Semoga kita berjaya mencapai matlamat yang murni ini.


~guru2 BM HSCS