Tuesday, January 23, 2007

4N - P1M4 -Perpaduan Kaum

1) Apakah yang kamu faham tentang perpaduan kaum?

2) Mengapakah perpaduan kaum penting kepada masyarakat di sesebuah negara?

3) Nyatakan aktiviti-aktiviti yang boleh dianjurkan oleh sekolah untuk Hari Perpaduan Kaum. Mengapa aktiviti-aktiviti itu dipilih??


#Jangan lupa menulis nama dan kelas kamu!!
Selamat mencuba!

1EN - P1M4: Ciri-ciri pelajar cemerlang

Apakah agaknya ciri-ciri pelajar cemerlang?

Cuba berikan DUA ciri-ciri yang kamu rasa patut ada dalam diri seseorang pelajar cemerlang.
Berikan juga huraian serta contoh yang relevan.

Jangan lupa tuliskan nama serta kelas kamu ya...

Friday, January 12, 2007

Selamat Kembali ke sekolah n selamat Datang...!

Apa khabar para pelajar sekalian???

Selamat datang kepada pelajar-pelajar baru ke lelaman anjungkami. Di sini pelajar-peljar berpeluang meluahkan pendapat tentang sesuatu topik sekaligus mendedahkan pelajar kepada pembelajaran menerusi IT. Semoga pelajar ceria bersama kami di sini...

Sekali lagi cikgu ingin mengingatkan supaya pelajar menjaga tatasusila ketika memberikan pendapat. Hanya BAHASA MELAYU yang boleh digunakan di sini. Dengan ini, kami berharap pelajar-pelajar dapat melatihkan diri menggunakan bahasa melayu dengan betul.

Kamu boleh membangkang atau menyokong pendapat teman-teman lain. Markah akan diambil bagi setiap pendapat yang diberi. Jangan lupa menulis NAMA dan kelas kamu di akhir setiap pendapat untuk memudahkan saya memberikan markah.

Selamat mencuba!!