tugasan bulan jun'07
Selamat bertemu lagi para pelajar sekalian,
Topik bagi tugasan bulan Jun ini mudah sekali, namun memerlukan pelajar menggunakan teknik menulis karangan deskriptif untuk menggambarkan aktiviti itu kepada saya. 10 markah akan diperuntukkan bagi tugasan ini. (5D + P)
GAMBARKAN SEBUAH AKTIVITI MENARIK YANG BOLEH DILAKUKAN PADA CUTI SEKOLAH BULAN JUN INI.
- objektif aktiviti itu
-gambarkan aktiviti
- kebaikan yang boleh diperoleh daripada melakukan aktiviti tersebut\
jangan lupa tuliskan nama serta kelas kamu...

27 Comments:
Akhirnya, cuti bulan Jun sudah tiba. Pelbagai aktiviti yang boleh diadakan sesama keluarga, rakan-rakan ataupun anda boleh menghabiskan masa bersendirian. Tetapi, kalau menghabiskan masa bersendirian sahaja, anda boleh merasakan bahawa cuti sekolah ini amat membosankan. Sebab itulah saya sarankan bahawa cikgu pergi berehat bersama keluarga , seperti berkelah dan menganjurkan pelbagai aktiviti selama masa perkelahan.Dengan berkelah, pertalian silaturrahim di antara ahli keluarga dan sanak-saudara akan dieratkan secara tidak sengaja kerana, untuk menganjurkan perkelahan keluarga , memerlukan tenaga kumpulan dan memerlukan kerjasama setiap pihak untuk melakukan kerja yang diamanahkan. Berkelah di tepi pantai juga dapat menenagkan fikiran anda . Selain berenang di dalam laut, anda boleh berehat sambil menyirup udara yang segar dan melihat gelagat ahli keluarga sambil mendengar tawa riang kanak-kanak yang yang bergilir-gilir di pantai.Anda juga boleh bermain-main di tepi pantai dan merasakan pasir yang panas di kaki anda atau mencari remis sambil memerhatikan ombak yang bergelombang dan air yang menghimpun kaki anda. Jadi, aktiviti yang saya akan lakukan cuti ini adalah BERKELAH DI TEPI PANTAI BERSAMA KRLUARGA!!!!!!!
di atas ,karya m. Hanif
This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.
Pada cuti sekolah ini,banyak aktiviti boleh dilakukan bersama kawan atau keluarga ataupun bersendirian.Saya lebih suka dengan keluarga saya.Pada cuti sekolah ini, saya berharap saya boleh barbeku di tepi pantai bersama keluarga saya.Dengan aktiviti yang menarik ini,kita boleh ikat tali silaturahim antara keluarga kita.Keluarga saya sudah lama keluar berjalan-jalan bersama-sama apabila ibu dan ayah ada kerja ataupun hari perperiksaan sudah dekat.Saya boleh gambarkan hari itu sungguh mengembirakan.Di pantai Pasir Ris, kita akan cepat-cepat menyediakan makanan untuk dibarbeku.Selepas itu,kita akan menyediakan minuman.Kita akan barbeku bersama-sama.Makanan yang lazat seperti ayam,daging dan satay yang dibarbeku bersama.Apabila sudah tiba pukul 4 petang kita akan bermain bola sepak bersama-sama.Aktiviti ini adalah salah satu aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga.Kita akan saling menghormati keluarga kita.Seperti dikatakan, ini boleh mengeratkan
silaturahim.
(:MiRzA:)
!@1E1@!
Aktiviti yang boleh dilakukan ialah pergi melancong ke Malaysia dan tidur di dalam hotel.Dengan melancong bersama-sama keluarga,pertalian silaturahim antara keluarga kita akan menjadi lebih erat.Lagipun,memang seronok pergi melancong ke luar negeri. Kita boleh melancong ke Genting Highland atau ke Kuala Lumpur.Di Genting Highland,permandangannya sungguh indah dan cantik.Tempatnya sungguh tinggi di atas gunung yang kita boleh memegang awan. Di sana juga ada taman tema.Saya suka menaiki "roller coaster" yang laju dan mengentarkan jiwa saya.Selepas itu,kita boleh ke Kuala Lumpur dan membeli-belah.Di sana sungguh sibuk dan bunyi kenderaan bising. Pusat membeli-belah yang saya suka ialah Berjaya Timesquare.Makanan di sana sungguh enak dan selerakan.
Jadi,aktiviti menarik pada saya yang boleh dilakukan pada cuti sekolah bulan Jun ini ialah melancong ke Malayasia
Aktiviti yang boleh dilakukan pada cuti sekolah ini ialah pergi chalet bersama keluarga.Dengan berbuat demikian,kita boleh mengeratkan silaturahim dan memakmurkan keluarga .Kami di sana bebarbeku beramai-ramai dan kemudian menjamu selera makanan yang lazat sekali.Bau asap barbeku mengelilingi chalet itu.Kemudian,kita boleh mencuci mata dengan melihat pandangan yang menarik di luar kawasan chalet.Saya rasa aktiviti tersebut sungguh menghiburkan dan ia akan dikenang dalam memori.
~~~EMELDA~~1N1~~
Pada cuti bulan ini, saya akan pergi ke europia. Saya sangat bangga kerana ini adalah kali pertama yang saya pergi ke situ. Dari Singapura, saya akan mengambil kapal terbang ke Milan, Italy. Dari situ, saya akan mengambil kereta api ke Paris.Saya akan melewat ke Europia pada 10 malam hari ini, 10 Jun 07'.Tetapi harga di situ sangat mahal. Sebab itu, kami tidak boleh membeli banyak barang di situ.Itu adalah apa yang saya akan membuat pada cuti bulan ini.
Jumpa lagi bila sekolah buka...
tata..bon voyage'
Syed Hud Alkaff
1n1
Pada cuti ini.......aktiviti menarik yang boleh kita lakukan adalah berkelah dengan keluarga,keluar bersama keluarga mungkin untuk membeli-belah atau berbasikal di taman bersama keluarga.....objektif aktiviti begini adalah untuk mengeratkan pertalian silaturahim di antara kita dan keluarga kita.....seperti apa yang dikatakan oleh ramai orang yang telah menulis comment mereka tentang tajuk ini......Contohnya...berbasikal dan berpiknik....kita boleh berbasikal atau berpiknik di taman di mana pemandangannya sungguh selesa dan udaranya yang nyaman amat sesuai untuk keluarga yang sedang berbasikal atau berpiknik bersama untuk berbicara dengan selesa......Kebaikan aktiviti seperti ini adalah sama dengan apa yang sudah dikatakan oleh saya tadi iaitu untuk mengeratkan pertalian silaturahim dan juga...apabila kita berbasikal,kita juga sedang bersenam dan bersenam membuat badan kita sihat!!!!!!!!:D
++++++++Siti-1e4++++++++
Hati saya berlonjak kegembiraan apabila sudah cuti Jun.Saya telah menunggu untuk hari ini sejak lama lagi.Saya tidak sabar untuk melakukan aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan...Aktiviti-aktiviti seperti melancong ke luar negeri,berkhelah dan bermacam-macam lagi.Saya rasa yang paling menarik sekali ialah meluangkan masa bersama keluarga dan buat bermacam-macam aktiviti bersama.aktiviti yang saya maksudkan ialah bersantai,berbasikal,bermain permainan tradisional pun boleh.Keluarga saya memang suka bermain congkak.Kita juga suka pergi ke pantai kerana di situlah semua masalah-masalah kita akan hanyut.Airnya yang tenang dan udaranya yang segar juga boleh menenagkan fikiran.Selalunya,kita hanya duduk di situ sambil berbual-bual;tetapi,tahun ini,saya dan adik-beradik saya akan cuba bermain dengan canoe.Emak dan bapa saya pula mahu berbasikal kerana mereka selalu sibuk dengan kerja dan tiada masa untuk perkara-perkara macam ini.Saya rasa betul-betul ghairah kerana saya tidak pernah bermain dengan canoe.Apa lagi,cuaca pada hari itu sungguh ceria.Saya rasa,aktiviti-aktiviti menarik ini boleh memberikan kita badan dan kehidupan yang sihat.Kalau boleh,saya mahu tahun hadapan sebaik ini.
~*~Muhd Firman~*~
~*~1E3~*~(27)~*~
( Di bawah adalah apa yang ditulis oleh saya beberapa minggu yang lalu di atas kertas kerana saya tidak mempunyai masa untuk melungsuri internet:P )
Hooray! Cuti sekolah bulan Jun sudah bermula. Banyaklah aktiviti yang boleh dibuat oleh saya tetapi saya lebih meria apabila berkeluar dengan kawan kerana, di rumah, saya tidak mempunyai apa-apa kerja untuk dibuat. Saya dan kawan-kawan sekolah rendah saya sudah merancangkan untuk membuat sebuah pertemuan iaitu untuk menonton wayang.Walaupun ia tidak amat menyeronokkan,walaubagaimanapun, saya lebih rela menonton wayang dari harus saya duduk di rumah. Dengan aktiviti ini, saya boleh menenangkan fikiran saya setelah beberapa bulan di sekolah. Di wayang, saya boleh menonton cerita yang paling bagus sambil memakan *popcorn*( agaknya jagung goreng :P )yang manis. Dan juga, saya boleh membahasahi tekak saya yang kering. Dengan aktiviti ini, saya dapat mengisikan perut saya yang kelaparan, membahasahi tekak saya yang kering dan juga ketawa ataupun bergembira menonton cerita wayang. Saya berharap agar pada Perhabisan Tahun, saya dapat ke luar negara yang lebih seronok dari aktiviti ini.
Kebanggaan dan senyuman di muka murid-murid sekolah diseluruh Singapura.Ada berbagai aktiviti dan perlancongan dicadangkan oleh ibubapa.Mengapakah tidak mahu duduk di negeri sendiri? Ada negeri-negeri ada penyakit seperti 'Bird Flu' tak takut ke? Aktiviti yang saya cadangkan ialah menelesaikan kerja rumah yang diberikan oleh guru dahulu.Aktivitinya ialah jalan-jalan di seluruh Singapura yang belum dilawati atau sudah lama tidak berjalan-jalan di situ dengan keluarga.Ibubapa akan bercerita sejarah tentang tempat-tempat yang dirawat dan informasi itu akan membaik dan boleh belajar lebih luar lagi.
````````````Shafiqah,1N2```````````
Hooray!!Cuti jun sudah pun menjelma.Pelbagai aktiviti yang saya sekeluarga boleh lakukan pada cuti sekolah ini.kami sekeluarga telah merancang untuk ke pantai Pasir Ris.Objektif aktiviti ini untuk mengeratkan perhubungan antara anggota keluarga supaya lebih rapat dan dapat menenangkan fikiran dan elak dripada pekerjaan,pelajaran dan kerja rumah.saya dapat gambarkan yang pemadangan di pantai akan tenang,riuh dan sebagainya.Udaranya nyaman dan menyegarkan dan terdengar ombak yang bergelora,basikal yang dikayuh oleh budak-budak dan keluarga yang sedang mengadakan aktiviti yang menarik.saya juga dapat melihat kanak-kanak bermain pasir;membina istana pasir dan berenang di laut.Dengan beriadah di pantai,perhubungan antara anggota keluarga akan lebih erat dan rapat,boleh menenangkan fikiran daripada sekolah dan kerja rumah,dapat mengenali saudara-saudara dengan lebih dekat.ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan tetapi saya rasa ini lebih sesuai untuk seisi keluarga
Izwan:1E1
Hati saya melonjak kegembiraan apabila cuti Jun bermula. Bagi saya, aktiviti yang paling menarik untuk buat pada cuti sekolah ialah untuk pergi luar negara. Cuti yang saya paling gemari ialah cuti ke Amerika. Apabila saya pergi ke Amerika, saya pergi ke Texas, Washington D.C. dan Los Angeles.
Di Texas, kami telah melawat saudara-mara kami. Di Washington D.C., kami telah melihat bangunan 'WHITE HOUSE'. Di Los Angeles, kami pergi ke 'UNIVERSAL STUDIOS' dan 'DISNEYLAND'. Cuti itu sangat menarik. Kebaikan yang boleh di perolehi daripada aktiviti ini ialah kami boleh mengalami apa yang tidak boleh dialami di Singapura.
#RaChEl ThOmAs:)1e1#
Saya berasa sungguh gembira kerana cuti sekolah Jun sudah tiba . Saya tidak sabar lagi untuk meluangkan masa bersama keluarga saya yang tersayang . Saya dan keluarga saya telah pergi ke pantai East Coast untuk berkelah dan berbasikal . Suasana pada hari itu sungguh seronok dan riuh . Objectif aktiviti ini adalah untuk mengeratkan pertalian silaturahim . Selain daripada ini, berbasikal ialah aktiviti yang baik kerana ia adalah salah satu senaman yang boleh kita lakukan . (Arina , 1E1)
Pada cuti Jun,saya sekeluarge pergi ke Kuala Lumpur.Oleh kerana makcik kami tinggal di sana,kami mengindap di rumahnya.Makcik saya itu mempunyai 5 orang anak..Kehidupannya juga susah.mereka hanya mempunyai satu bilik dan satu hall.Kami akan bangun pada awal pagi ..Semasa kami bangun, semua makanan sudah tersedia di atas meja.saya dapat menghidu makanan yang lazat yang telah disediakan.Bukan itu sahaja,makanannya juga sedap sedap belaka.Kami juga pergi ke Cameron hghland.Tempatnya juga sejuk..Kami ke kebunmadu..Mak saya membeli sebotol madu untuk kenangan.Kami
juga ke kebun strawberry.Strawberry yang terdapat di sana sangat enak.semasa dalam perjalanan pulang dari Cameron Highland,kami dapat mendengar enjin notorsikal..apabila kami hendak pulang,kami sempat memegang sebuah binatang..badannya amat kasar..Semasa hendak pulang ke Singapura,kami dapat melihat bagaimana orang susah bekerja untuk mendapatkan wang untuk menanggung pembayaran ank-anak mereka..
Saya amat gembira kerana boleh mendapat ilmu semasa berada di Kuala Lumpur
-=basyirah=- 1N1
Cuti sekolah pun tiba. Aku ingin mengeluang masa bersama orang yang aku sayang. Ibu bapa ku tidak dapat bercuti. Namun bagaimana pun, hari Ahad dapat aku keluar bersama mereka. Bukan hanya aku megeluang masa bersama keluarga tetapi teman-teman yang aku sayangi. Minggu lalu Hari Bapa dan saudara-maraku serta pakcik dan makcik diundang ke rumah datuk untuk menyambut Hari Bapa. Aku dapat merasakan kegembiraan suasana itu. Aku pelajari supaya dapat senyum mesra simpang orang yang ku sayangi.
Walaupun pada cuti sekolah Jun kali ini saya tidak pergi ke luar negara atau melakukan aktiviti yang menarik seperti rakan-rakan yang lain kerana kesibukan keluarga, saya percaya bahawa terdapat pelbagai aktivity yang menarik, aktiviti yang dapat mengeratkan pertalian silaturrahim antara keluarga atau rakan-rakan, aktiviti yang mencabar minda ataupun aktiviti yang lasak. Aktiviti yang menarik ialah seperti membeli-belah kerana waktu Jualan Raksasa Singapura atau pergi ke luar negara yang lebih jauh daripada Malaysia seperti Jepun, Korea, Switzerland, Maldives dan lain-lain lagi kerana saya percaya bahawa ramai yang mungkin sudah bosan kerana asyik ke Malaysia sahaja. Aktiviti yang dapat mengeratkan pertalian silaturrahim ialah seperti berkelah dengan saudara-mara di tepi pantai pada hujung minggu yang mempunyai cuaca yang cerah, berbasikal di taman, memberikan pertolongan bila terdapat majlis perkahwinan jiran atau saudara-mara, menolong mengemas rumah bersama-sama seluruh keluarga pada hujung minggu kerana ayah atau adik-beradik yang lain tidak bekerja atau barbeku bersama rakan-rakan sekolah rendah yang sudah tidak lama bertemu. Aktiviti yang mencabar minda seperti melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan juga boleh dilakukan pada cuti Jun ini. Aktiviti yang lasak seperti memanjat tembok batu[rock climbing] atau menjelajah hutan di Malaysia. Saya harap rakan-rakan yang lain dapat meluangkan masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik walaupun cuti sekolah Jun akan tamat tidak lama lagi!
~Nuraisyah~1E1~
Kuntum kegembiraan mengembang di hatiku sekaligus menghalau debaran apabila aku mendapat tahu bahawa cuti sekolah telah pun tiba. Namun begitu, saya tidat dapat berseronok seperti cuti-cuti sekolah yang lain. Tahun ini saya tidak dapat beseronok kerana says terdapat banyak kerja sekolah yang harus disiapkan. Saya juga harus pergi ke sekolah untuk latihan bola tampar (volleyball). Namun begitu, saya tetap tahu memperbahagikan masa saya. Saya pergi ke Pantai East Coast dengan keluarga saya untuk bermandi-manda dan juga untuk melihat permandangan yang sungguh cantik. Saya juga kadang-kadang berbual dengan keluarga saya. Dengan berbuat bergitu, says dapat mengeratkan perhubungan says dan keluarga saya!
AYUNI! :D
1E1 :D
This comment has been removed by the author.
Cuti sekolah bulan Jun sudah bermula, saya berasa gembira kerana saya dapat menggunakan masa di rumah untuk bermain dan membuat kerja rumah. Cuti Jun ini saya tidak ke mana-mana kerana ibu dan bapa saya asyik bekerja. Saya pun tidak boleh bermain dengang rakan-rakan saya kerana rumah mereka jauh dari saya. Suatu hari, nenek saya menjemput semua orang untuk hadir di rumahnya. Aktiviti ini untuk tidak memutuskan pertalian silaturahim. Kami semua berbual-bual tentang diri kita. Saya gambarkan aktiviti itu sungguh riuh-rendah kerana terdapat ramai orang sedang berbual-bual. Kebaikan yang boleh diperolehi daripada aktiviti ini ialah saya dapat berbual-bual dengan saudara saya supaya kita tidak memutuskan pertalian silaturahim kita.
Ikhmal
1E1
Pada cuti sekolah bulan ini saya dapat meluangkan masa dengan keluarga saya.Saya menziarahi nenek saya.Apabila saya datang ke rumah mereka,mereka gembira dapat bertemu dengan saya kerana saya bersekolah dan jaring menjumpai mereka.Saya membawa buah tangan untuk nenek-nenek saya.Di sana saya menolong nenek saya dengan kerja rumah kerana mereka tidak kuat untuk membuatnya.Jika saya mahu pulang mereka akan berasa sedih dan selalu menyuruh saya melawati mereka lagi.Pada pendapat saya,cuti sekolah ialah bulan yang saya boleh meluangkan masa dengan keluarga saya dan juga boleh merehatkan diri dari sekolah.
Nur Elia
1N1
yay!Saya tidak sabar untuk pergi ke Vivocity Pada cuti sekolah bulan ini.Objektif aktiviti ini ialah untuk menggunakan masa saya bersama ibu dan bapa saya.Kami pergi ke Vivocity pada waktu dua petang.Di situ amat susah untuk berjalan kerana ada ramai orang di situ.Saya telah membeli banyak barang, seperti baju,makanan dan lain-lain.Saya amat gembira kerana dapat berjalan-jalan bersama ibu dan bapa yang saya sayangi.Kami pulang ke rumah sambil mengangkat berberapa beg plastik yang berat. (Adam 1E3)
saya tinggal di rumah nenek saya.objective nya ialah untuk berkenalan dengan saudara saya.saya suka tidur bersama mereka
Zaihan 1n2
akitiviti menarik yang boleh dilakukan pada bulan jun adalah untuk pergi ke pantai untuk bersantai bersama keluarga untuk berbual-bual antara satu sama lain.
Dengan membuat demikian , saya sekeluarga bolehlah menyebarkan apa-apapun kita mahu dan tahu lebih langut apa mereka buat hari-hari.
Kami sekeluarga boleh mandi laut bersama-sama.
Nazera Banu
1e1
Saya lebih suka dengan keluarga saya.Pada cuti sekolah ini, saya berharap saya boleh barbeku di tepi pantai bersama keluarga saya.Dengan aktiviti yang menarik ini,kita boleh ikat tali silaturahim antara keluarga kita.Keluarga saya sudah lama keluar berjalan-jalan bersama-sama apabila ibu dan ayah ada kerja ataupun hari perperiksaan sudah dekat.Saya boleh gambarkan hari itu sungguh mengembirakan.Di pantai Pasir Ris, kita akan cepat-cepat menyediakan makanan untuk dibarbeku.Selepas itu,kita akan menyediakan minuman.Kita akan barbeku bersama-sama.Makanan yang lazat seperti ayam,daging dan satay yang dibarbeku bersama.Apabila sudah tiba pukul 4 petang kita akan bermain bola sepak bersama-sama.Aktiviti ini adalah salah satu aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga.Kita akan saling menghormati keluarga kita.Seperti dikatakan, ini boleh mengeratkan
silaturahim.
Irwan 1E3
Post a Comment
<< Home