Saturday, August 05, 2006

P3M6 -3E Lawatan ke Mersing

wwwPada 29 Julai 2006, Pelajar-pelajar Men 3 ( Ekspres, Normal Akad, Normal Teknikal) dan guru-guru Bahasa Melayu HaiSing telah bersama-sama ke Mersing,Johor Baru.

Agenda kami adalah seperti berikut :

6:45 pagi : berkumpul di sekolah
7:15 pagi : bas bergerak ke Johor
8:30 pagi : Sampai di Gelang PAtah untuk sarapan pagi
11:55 tgh hari : Sampai di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Mersing (di sini pelajar2 berpeluang berinteraksi dengan penghuni rumah yatim serta mengetahui serba sedikit tentang rumah kebajikan itu. Kami juga mempersembahkan persembahan Dikir Barat serta dijamu makan tengah hari ala kampung. Asam pedas= ada kuasa tendangan!!!)
3:15 tgh hari : sampai di kedai menjual keropok
(pelajar2 memborong keropok leko... memang lazat!)
6:45 ptg : tiba di Anjung Warisan Johor untuk makan malam
(ditaja oleh guru-guru Haising. Pelajar lelaki makan tidak ingat dunia... hehehe ) 8:30 mlm : berangkat pulang
10:20 mlm : sampai di Sekolah Katolik Hai Sing

*********************************************************************************
Kepada pelajar2 yang turut serta,
i) cuba kamu ceritakan satu pengalaman manis yang tidak dapat kamu lupakan.
ii) bagaimana lawatan ini boleh diperbaiki
iii) apakah pengajaran di sebalik lawatan ini..

Kepada yang tidak berkesempatan mengikuti kami,
i) patutkah lawatan seperti ini diadakan? Mengapa?
ii) apakah cara lain yang boleh dilakukan untuk kegiatan bersatu padu atau "bonding" yang boleh dilakukan di samping kita beramal?


*jangan lupa tuliskan nama serta kelas kamu...

Friday, August 04, 2006

P3M6- 1EN Permainan Tradisional

Pelajar-pelajar Menengah satu telah pun diperkenalkan kepada beberapa permainan tradisional Melayu. Saya berharap para pelajar dapat menyebarkan ilmu kepada teman-teman yang lain.
Soalan perbincangan kita minggu ini ialah...

= Bagaimana kamu sebagai pelajar boleh memastikan lebih ramai remaja yang gemar mempelajari serta memainkan permainan tradisional?
= Apakah pendapat kamu tentang permainan tradisional?
= Bincangkan tentang satu permainan tradisional yang kamu gemari.

#Jangan lupa menulis nama n kelas kamu...