1EN - P2M5~ Cerita Misteri
Tema kita pada penggal ini ialah alam misteri.
Berdasarkan tema, cuba kamu coretkan di sini, sebuah kisah/kejadian misteri yang pernah kamu alami atau kamu dengar.
#Jangan lupa tulis nama dan kelas, ya... Selamat mencuba!!!

17 Comments:
This comment has been removed by a blog administrator.
Saya pernah mengalami kejadian yang buatku terfikir hingga hari ini.Kejadian ini mula dua tahun yang lalu di kolong blok saya.Dulu saya ada seorang jiran bernama Encik Tyke Whye yang tinggal seseorangan.Ramai orang beritahu saya bahawa dia selalu cakap bersendirian di luar rumah dia.Setiap pagi,saya akan nampak jiran saya baring di luar rumahnya
dan berbisik meminta tolong.Pada suatu malam, pada hari khamis malam,saya menyiasat dan ternampak dia sedang memeluk sesuatu yang berwarn putih.Apabila sudah pagi polis sedang mengangkat mayat iaitu Enck Tyke Whye.Kenapa tiba-tiba dia meninggal dunia sebab bayang2 putih?Mungkinkah bayang2 tersebut adalah dari keluarga dia yang meninggal dunia?Inilah misteri yang aku tidak akan melupakan
Mirza 1E1
Pengalaman misteri yang pernah mengalami telah berlaku pada masa yang lama dahulu.Masa itu,saya masih kecil lagi.Kira-kira lapan atau sembilan tahun.Sepupu saya ajak saya dan emak saya melancong ke Batam pada cuti sekolah.Kami tinggal di hotel Holiday Inn.Berdekatan dengan hotel itu ada sebuah hutan yang begitu tebal.Ia kelihatan sunyi sekali.Sunyi seperti suasana di kubur.Saya tidak begitu takut kerana saya masih kecil dan tidak memahami apa-apa.Nampaknya,saya salah.Malam itu juga emak ternampak 'dia' di dalam bilik kami.Saya yang kesejukan tidak berani bergerak.Emak saya yang mahu mengurangkan kesejukan penghawa dingin itu pun tidak bergerak kecuali membaca doa supaya 'dia' tidak mengganggu kami.Nasibnya,'dia' tidak mengganggu kami kecuali berdiri begitu dengan mukanya tersembunyi.Bayangkan kalau mukanya tidak ditutup.Itulah misteri yang saya tidak akan melupai. ~Muhd Firman~1E3~(26)~
This comment has been removed by the author.
Kejadian misteri ini berlaku ke atas diri saya ketika saya berusia dua bulan di rumah lama saya di daerah Bedok North. Ibu saya yang memberitahu saya cerita ini. Ketika itu, ibu saya telah baringkan saya di atas katil dan dikelilingi oleh bantal-bantal supaya saya tidah terjatuh ketika dia hendak ke tandas yang bersebelahan dengan katil dan ketika itu tiada sesiapa lagi yang berada di rumah. Setelah dia keluar dari tandas, dia ternampak say terbaring di atas lantai dan ibu saya ingat saya telah terjatuh. Tetapi yang peliknya ialah, saya tidak menangis dan bantal di atas katil tidak terkacau langsung. Maknanya saya tidak terjatuh tetapi ada 'benda' yang telah mengankat saya. Kata ibu saya lagi, memang ada 'benda' yang sedang meracau rumah saya dahulu. Tetapi mengapa saya,ibu dan abang-abang saya yang harus dikacau tetapi bapa saya tidak dikacau langsung...?MMMMMmmmmm....
-Nuraisyah---1E1-
peristiwa misteri ini telah terjadi pada saya berlaku di sekolah rendah saya......saya,arina dan teman2 saya yang lain harus selesaikan projek kumpulan kami pada hari itu. jadi kami perlu menggunakkan komputer kerana ia adalah powerpoint slide.....kami terpaksa menggunakkan komputer di makmal komputer kerana komputer yang ada di dalam kelas melayu kami sedang digunakan.....apabila kita masuk ke dalam makmal komputer itu,saya boleh merasa perasaan yang sangat aneh mungkin kerana tempat itu sunyi dan apabila kami sedang menyelesaikan projek kami,tiba2 kami terdengar ada mikrofon terjatuh(sebenarnya makmal komputer di sekolah kami mempunyai mikrofon)....seorang lelaki dari kumpulan saya berjalan hingga ke hujung makmal itu untuk mencari mikrofon yang jatuh itu....selepas itu dia memberitahu kami bahawa tiada mikrofon yang jatuh dan di telah periksa di semua tempat.....kami semua merasa takut....saya cuba untuk menghilang perasaan itu dengan memberitahu mereka bahawa mungkin ada orang di makamal(makmal 2)lain yang telah terjatuhkan mikrofon itu......tetapi ia cuma membuat kami berasa lebih takut apabila satu daripada ahli kumpulan kami memberitahu saya bahawa tiada seseorang pun yang berada di makmal komputer2....tiba2 kami terdengar bunyi mikrofon jatuh lagi...tanapa memikir apa2,saya dan 2ahli daripada kumpulan saya lari keluar dari makmal....tetapi arina masih ada di dalam makaml itu sedang mematikan komputer itu dan saya terpaksa menunggu untuknya.....sampai sekarang,kejadian itu masih segar di fikiran saya....
Kejadian misteri yang saya pernah mengalami terjadi bila makcik saya telah melancong ke Bali.Dia membelikan saya patung yang kelihatan sungguh aneh dan menakutkan.Patung itu ada dua:lelaki dan perempuan.Ibubapa kami tidak sukakan patung itu dan menyuruh saya membuangnya tetapi saya tidak mahu.Saya pun menyimpan patung itu di dalam almari saya.
Pada suatu hari, ibubapa saya pergi membeli-belah dan saya seorang di rumah.Tiba-tiba,saya ternampak patung itu dipamerkan di atas almari saya!Patung lelaki itu sedang memegang tangan patung perempuan itu dan mereka sedang duduk di atas almari saya,menyenyum ke arah saya!Hati saya berdegap-degup dengan cepat.Saya terus keluar ke ruang tamu lalu duduk di atas sofa dalam ketakutan.Tiba-tiba,cermin besar di ruang tamu saya terjatuh ke lantai lalu pecah!Saya terus keluar rumah dengan cepat,tidak mengunci pintu atau pagar.Saya menunggu ibubapa saya pulang di kolong blok.
Ibubapa saya terkejut apabila mereka pulang ke rumah .Mereka fikir yang rumah kami telah dimasuki pencuri kerana pintu terbuka dan cermin itu pecah.Saya pun pulang rumah lalu memberitahu ibubapa saya apa yang terjadi.Mereka munyuruh saya membuang patung itu.Apabila saya hendak membuangnya,patung di atas almari itu sudah jatuh ke lantai.
Itulah misteri yang saya tidak boleh lupakan.
Inilah kisah misteri yang benar yang telah mengalami oleh kakak saudara saya.
Tepat pada jam dua belas pagi, kakak sauadara saya masih belum pulang dari rumah. Dia duduk santai bersama kawan-kawannya di taman permainan. Sedang dia berbual bersama kawannya, tiba-tiba dia ketawa terbahak-bahak. Beliau berbual sendiri. Dan bercakap kata-kata yang tidak boleh faham. Dengan segera, kawannya yang berada di situ memekik tolong.
Beberapa minit kemudian, seseorang datuk tua datang dengan kain pelikatnya. Dia menyoal kami bagaimana ia boleh terjadi. Di tangan datuk itu ada sebotol air putih. Lalu, beliau membuka botol airnya dan membaca beberapa ayat surah. Dan menyuruh kakak saudara saya minum. Selepas beliau minum dia pengsan dan tidak sadar hingga esokkan harinya.
Apabila dia sadar pada pagi itu, dia tidak dapat menginganti tentang kejadian sebelum itu.
Kami saudara mara, terperanjat apabila terdengar kisah nya. Misteri nya ialah mengapa mahkluk halus harus mengoda orang yang tidak niat jahat.
Sehingga kini, saya tidak dapat melupakan misteri itu.
- Nurul Amalina - 1n1 -
Kejadian ini berlaku pada tahun yang lalu semasa saya dan rakan-rakan sedang berdamawisata di Bukit Chandu.
Di dalam bas rakan saya,Syahirah, memberitahu saya supaya membaca doa sambil ke sana kerana tempat itu berhantu.Hati saya berdegup-degup dengan cepat.Tiba di sana suasananya sejuk sambil bulu saya ternaik.Saya memikirkan bahawa ia cuma angin yang kencang tetapi saya tetap berasa sesuatu yang pelik.Kami lalu menaiki tangga.Saya melihat sebuah rumah yang berkelihatan lama yang telah bertukar untuk menjadi sebuah muzeum.Tiba di atas saya melihat seorang wanita yang tua berdiri di depan tingkap.Dia memakai baju kebaya dan kain pelekat dan rambutnya diikat seperti orang dulu-dulu.Saya berasa takut apabila dia bersenyum ke arah saya dan saya terus memberitahu rakan saya,Syahirah.Dia yang boleh melihat hantu tetapi saya dia memberitahu saya bahawa dia tidak boleh lihat wanita yang tua itu.Dia menyuruh saya membaca yasin dan cuba untuk tidak memikirkan sangat tentang bayang itu.Saya tidak boleh.Jantungku bergocang bagaikan mahu memecahkan rangka dadah.Saya sangat takut dan menenangkan diri memikirkan bahawa ia bayang-bayang sahaja.
Kami sekelas lalu memasuki rumah itu.Lalu kami menaiki tangga dan di situ yang saya telah ternampak wanita yang tua itu semasa saya berdiri di luar rumah itu.Saya pergi ke tempat yang saya ternampak dan dia tidak ada.Di situ cuma ada dua patung lelaki yang beruniform seperti askar-askar yang dahulu dan bukan wanita yang tua itu.Badan saya mengigil kerana saya tidak pernah nampak hantu kecuali hari itu.Saya memikirkan bahawa orang boyan sahaja yang dapat melihat hantu dan semenjak saya jawa saya tidak dapat melihatnya.Ketakutan mula bergayut di sudut hatiku.
Peliknya apabila saya ke sana pada tahun itu juga untuk menemani kawan saya yang tidak hadir saya tidak ternampak wanita yang tua itu.Daripada hari itu saya berharap akan tidak nampak hantu lagi dan saya juga dapat merasai bahawa betapa takut perasaannya untuk melihat hantu.Saya rasa bahawa peristiwa itu tidak akan saya melupai sehingga saya tua belaka.
Nur Elia
1N1 (:
Peristiwa ini berlaku kepada saya apabila saya masa kecil lagi dan fikiran saya belum lagi matang.Ia terjadi di malam yang sunyi dan sepi..
Di bilik tidur saya tergantung tali yang panjang untuk menggantung pakaian atau kain.Malam itu,ibu saya menggantung selimut kegemaran saya iatu yang bergambar badut yang berwarna-warni.Jam saya menunjukkan waktu tetap pada dua belas malam.Tiba-tiba,saya ternampak badut yang serupa dengan yang selimut yang digantung pada tali tersebut.Dia seperti mangajak saya keluar ke ruang tamu untuk bermain dengannya.Saya mengheret sebuah perkakas muzik yang berbunyi lalu saya bermain dan ketawa bersamanya.Ibu saya terus bangun setelah mendengar bunyian itu.Apabila ibu saya keluar ke ruang tamu,dia ternampak saya berbual sendirian padahal saya sedang berkomunikasi dengan 'badut'.Orang-orang dulu percaya bahawa budak kecil boleh melihat benda-benda yang halus.Ia adalah sebuah misteri bagi saya kerana saya tidak dapat cari jawapannya.Peristiwa ini tidak akan saya lupai.
emelda....1N1......
Peristiwa ini diceritakan oleh abang saya.Kejadian ini berlaku di biliknya semasa dia tidur.Saya belum pasti yang kejadian ini masih berlaku atau sudahpun ditamatkan..
Pada tengah malam,abang saya tersadah pada bila jam hendak menuju pukul 3 pagi.Dia nampak bayangan di luar tingkap biliknya. Bayangan itu bergerak pelahan dan tiba-tiba kaca tingkap itu akan diketuk oleh bayangan itu.Dia terus tidak boleh tidur kerana ketakutan.
Bila pukul 4 pagi,dia ingat yang pintu bilik ibubapa saya buka. Bila dia keluar dari biliknya, pintu bilik ibubapa saya tidak dibukai.
Cahaya matahari menerang bumi,dia terus memberitahu bapa saya apa yang telah berlaku.Malam selepas kejadian itu dia tidur di bilikku, bersama dengan kakak saya.Kejadian ini belum menetahui apa yang sudah berlaku.
Shafiqah ,1N2
Kejadian ini berlaku sebelum saya dilahirkan, malah, ia berlaku sebelum ibuku berkahwin.
Pada masa itu, nenek dan datuk baru sahaja berpindah ke Bedok. Pada hari pertama, pada pukul lima pagi, nenek saya terdengar suara seseorang sedang azan. Nenek hairan, siapa yang azan itu kerana suara azan itu datang dari rumahnya. nenek mencari dari mana suara azan itu datang, tetapi tidak berhasil.
Pada keesokan harinya, nenek terdengar suara azan itu lagi. Walau apapun, nenek menghiraukan suara itu kerana dia rasa bahawa perkara itu mungkin sesuatu yang baik. Setiap kali suara azan itu kedengaran, nenek akan menyambut azan itu. Setelah lama tinggal di sana, suara azan itu menghilang. Ini misteri yang tidak berlaku kepada sebarang ahli keluarga tetapi ingin saya tahu jawapannya.
Muhammad Hanif bin Mohd hussain
1e1
Misteri ini ialah sebuah cerita yang telah saya alami.....saya harap kamu akan memahami cerita ini.....
Pada sautu hari di bulan puasa, 'Ramadhan', selepas waktu sahur,saya lari ke tandas untuk buang air besar.
Apabila saya sedang membuang air, saya mendengar ketukan pintu tandas.
Saya agakan itu adalah kakak saya kerana dia selalu mengacau saya. Saya memekik,"Oi!! Tak kelaka lah!. Mengarut seh.." Habislah bunyinya. Beberapa saat kemudian, ketukan pintu itu bersambung. Saya beristinjak dan membuka pintu itu dengan segera. Rupa-rupanya abang saya yang mengetuk pintu itu.
Jadi, saya bersambung membuang air. Apabila saya sudah selesai, saya keluar dan ternampak abang saya sedang lari ke biliknya dengan cara yang sangat bergeli hati. Saya pun tersengih.Tiba-tiba, saya ternampak abang saya di ruang tamu rumah sedang menonton sebuah wayang.
Saya berkata ke hati saya,"Alamak! Tadi saya nampak dia di biliknya,tetapi sekarang,dia di situ."Saya berasa sangat hairan..
>>>>Syed Hud Alkaff<<<1N1
Misteri ini ada pelbagai macam..
misteri yang inging saya berkongsi adalah tentang sebuah kejadian misteri yang pernah dialamiku sendiri
.....
Pada tahun lalu , aku sekuluarga telah berkelah di pantai.Itulah kali pertama kami akan bertidur semalan di pantai East Coast.
Pada malam itu , pada kira-kira 12 malam , adikku yang berumur 3 tahun terjaga dari tidurnya dengan tiba-tiba. Dia mengambil beberapa minit , atau jam kemudian untuk sambung tidur.Hendak ku memejam mata , aku terasa seperti seseorang telah memangang ku.Aku rasa itu hanya bayang-bayanganku. Aku berasa hairan akan apa yang membuat adiku terbangun dari tidur , adakah dia termimpi , tentu tidak..jika ya pun dia akan menangis seperti biasa.
saya ingat menceritakan sebuah cerita misteri yang seram
kejadian ini dua tahun yang lalu di chalet Changi.
Makcik saya dan keluarganya sedang mengada barbeku dan tiba-tiba seekor kucing putih berada di sebatang pokok.
Makcik saya melontar makanan kepada kucing tersebut dan beberapa minit kemudian sebuah lembaga putih berada di situ.Mereka ssemua terkejut n takut lalu lari ke dalam chalet tersebut.
Peristiwa ini telah berlaku kepada seorang wanita yang tinggal di kampung guru saya, yang mengajar saya tahun lalu.
Waktu itu guru saya berumur sepuluh tahun. Beliau dan adiknya sedang berbual dengan jiran mereka. Mereka sedang duduk di luar rumah mereka. Jam waktu itu menunjukkan enam petang dan ia sungguh gelap. Ada dua lampu jalanraya sahaja yang berfungsi waktu itu. Tiba-tiba mereka terlihat sebiji telur, tetapi telur itu sedang terbang!!! Telur itu betul-betul terbang!!! Guru saya dan adiknya terus mengangkat kaki ke rumah secepat mungkin. Ibunya bertanya kepada mereka apa yang terjadi. Guru saya pun memberitahunya. Guru saya kata bahawa telur itu berpusing-pusing sambil terbang. Keesokan harinya, seluruh kampung heboh menceritakan tentang ada seorang wanita yang tubuhnya menjadi kaku dan wanita itu tidak boleh bergerak.[Itu ialah jiran lain guru saya dan bukan jiran yang Cikgu bercakap dengan pada malam yang lalu] Ibu guru saya memberitahunya bahawa ini ialah ilmu hitam dan ia dipanggil "Tuju-Tuju". Mereka mendapat tahu bahawa seorang pemuda cuba meminang wanita itu tetapi wanita itu menolak kerana tidak suka pada pemuda itu. Jadi, pemuda itu berasa marah lalu mendapatkan seorang bomoh untuk menjadikan wanita itu kaku sebagai membalas dendam. Nasib baik telur itu tidak mengena tepat pada wanita itu. Untuk memulihkan wanita itu, keluarganya telah meminta tolong dari seorang ustaz yang boleh memulihkan keadaan wanita itu hingga sembuh. Sewaktu proses pemulihan itu, ustaz itu telah menjumpai beberapa barang yang mencurigakan seperti beberapa helai rambut dan sebuah kain berwarna kuning ditanam di depan rumah mereka. Mereka tidak pernah melihat barang-barang itu sebelum kejadian itu berlaku. Sekarang wanita itu telah sembuh.
Mengikut cara yang diberitahu oleh ustaz itu, sepatutnya, telur itu akan berhenti terbang, jatuh lalu pecah sekiranya orang yang terlihat telur yang sedang terbang itu melaungkan "Tuju-Tuju".
~~RaChEl ThOmAs_1E1~~
Saya masih teringat cerita misteri yang berlaku kepada pakcik saya. Ceritanya bermula begini...
Pakcik saya sedang solat dan tiba-tiba dia terdengar suara yang ngeri. Dia pun mempercepatkan solatnya dan selepas itu dia pergi ke tempat yang dia dengar bunyi itu. Alangkah terperanjatnya apabila dia ternampak sesuatu yang seram. Apakah itu benda? Dia tidak memberitahu kita semua. Saya pun tidak mahu mengambil tahu kerana saya tidak mahu bayang-bayangkan sesuatu yang seram.
Ikhmal Dzulkaflee, 1E1
Post a Comment
<< Home