Tebarkan Sayap Mindamu
Friday, November 02, 2007
1EN - Tugasan Nov-Dec
Pelajar-pelajar sekalian, sempena bulan Syawal ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pelajar yang mengunjungi lelaman ini. Terima kasih kerana telah menjalankan tugasan dengan tekun.
Tahniah juga kepada SEMUA pelajar Menengah Satu yang berjaya ke menengah DUA.. Syabas. Bagi mereka yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan, cikgu harap, kamu akan berusaha untuk menjadi lebih baikpada tahun hadapan.
Baiklah tugasan NOV-DEC ini sebenarnya berdasarkan tema kita pada Penggal 4 - yang ada kaitan dengan Pendidikan Nasional atau NE. Berikan pendapat/ komen kamu tentang topik berikut : Singapura, Negaraku Tercinta.
Soalan-soalan
1) Nyatakan sebab UTAMA mengapa kamu berbangga menjadi rakyat Singapura.
2) Gambarkan sebuah tempat menarik di Singapura yang pernah kamu lawati dan akan kamu perkenalkan kepada kenalan luar negara yang berkunjung ke mari.
Selamat Mencuba!!!
Markah tugasan akan dicampurkan untuk CA1 tahun 2008.
Monday, August 27, 2007
1EN- P3M8
PERMAINAN TRADISIONAL
~Terangkan SATU permainan tradisional yang kamu tahu. Sertakan juga cara-cara memainkannya.
~ Bagaimanakah Permainan Tradisional boleh dikekalkan? Berikan SATU cara.
jangan lupa tuliskan nama dan kelas, ya... terima kasih...
Tuesday, July 31, 2007
1EN- P3M4: Ulam - Makanan Tradisional
Kali ini kamu dikehendaki membuat kajian sendiri tentang sejenis ulam. Tuliskan laporan pendek mengenai ulam itu iaitu
- bentuknya
- khasiatnya
- cara ia dimakan
- dan informasi-informasi lain yang menarik tentang ulam itu.
Juga berikan pendapat kamu mengapa ulam jarang dimakan oleh anak-anak muda zaman ini.
#Jangan lupa tuliskan nama dan kelas kamu, ya... selamat mencuba...
Sunday, May 27, 2007
tugasan bulan jun'07
Selamat bertemu lagi para pelajar sekalian,
Topik bagi tugasan bulan Jun ini mudah sekali, namun memerlukan pelajar menggunakan teknik menulis karangan deskriptif untuk menggambarkan aktiviti itu kepada saya. 10 markah akan diperuntukkan bagi tugasan ini. (5D + P)
GAMBARKAN SEBUAH AKTIVITI MENARIK YANG BOLEH DILAKUKAN PADA CUTI SEKOLAH BULAN JUN INI.
- objektif aktiviti itu
-gambarkan aktiviti
- kebaikan yang boleh diperoleh daripada melakukan aktiviti tersebut\
jangan lupa tuliskan nama serta kelas kamu...
Tuesday, April 17, 2007
1EN - P2M5~ Cerita Misteri
Tema kita pada penggal ini ialah alam misteri.
Berdasarkan tema, cuba kamu coretkan di sini, sebuah kisah/kejadian misteri yang pernah kamu alami atau kamu dengar.
#Jangan lupa tulis nama dan kelas, ya... Selamat mencuba!!!
Thursday, March 08, 2007
1EN - cutiMAC ~Lagu-lagu Melayu...
Bertemu kita sekali lagi di ruangan siber ini. Nampaknya seminggu kita tidak akan bertemu. Jadi cikgu harap pelajar-pelajar senantiasa mempersiapkan diri untuk terus maju ke hadapan.
Baiklah.. sempena cuti sekolah ini, cikgu harap di samping pelajar-pelajar berehat menenangkan fikiran, kamu juga dapat berhibur dengan aktiviti2 yang positif.
Pada minggu ini, cuba dengar radio siaran Melayu seperti RIA, WARNA dan ERA ataupun menonton rancangan televisyen rancangan Melayu. Tugas kali ini... jeng jeng jeng
Kamu harus memilih SATU lagu Melayu / INdonesia yang menarik dan unik bagi kamu. Sertakan lirik, tajuk lagu serta penyanyinya di sini diikuti dengan pendapat kamu tentang lagu itu. Nyatakan juga mengapa kamu memilih lagu itu. Oh ya satu lagi... cari DUA perkataan baru / menarik dan kongsi maknanya bersama teman2 yang lain.
SELAMAT MENCUBA!!! n SELAMAT BERCUTI!!!

