~Ucapan Raya~
Salam sejahtera pelajar-pelajar yang tercinta...
Sempena Aidilfitri yang akan menjelang tidak berapa lama lagi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta maaf zahir dan batin kepada semua seandainya terdapat kekhilafan atau ada yang terkecil hati semasa berlangsungnya pembelajaran di kelas. Al maklum kita ini kan insan biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
Pelajar bolehlah mengambil peluang ini untuk memberi ucapan Hari Raya kamu di sini. Semoga Aidilfitri kali ini membawa keberkahan kepada semua dan semoga ceria bersama keluarga yang TERCINTA!!!
