1EN- P1M8
Salam sejahtera para pelajar sekalian..
Pada minggu ke 8 ini, kita akan berbincang tentang sahabat.
Bagaimana kamu boleh menjadi sahabat yang baik kepada teman-teman karib??
Apa yang telah kamu lakukan untuk sahabat kamu?
Berikan komen kamu dan jangan lupa sertakan nama serta kelas kamu ya...

31 Comments:
Saya boleh menjadi sahabat yang baik kepada teman-teman saya dengan menjadi JUJUR kepada mereka dan juga saya harus MENGHORMATI mereka seperti tidak akan mencuri barang kepunyaan mereka atau memanggil mereka "nama".
Jika sahabat saya berasa sedih saya cuba untuk memujuk dia atau membuat dia gembira semula.
Nur Elia
1N1 :)
Untuk menjadi sahabat yang baik,saya harus amanah dan selalu jujur kepada kawan saya.Saya tidak akan memeberitahu sesiapa pun hal peribadinya atau rahsianya.bagi saya amanah ialah paling penting yang harus ada dalam semua orang.Terakhir,jujur.Kita harus berterusterang sahaja apabila sikapnya tidak baik dan sebagainya.
emelda 1N1
Untuk menjadi seorang sahabat, saya haruslah jujur dan amanah.Kalau dia suruh saya menyimpan rasiah, saya mesti menyimpannya dan tidak harus membocurkannya kepada sesiapa.Saya mesti hormati kepadanya bila dia sedang berbual saya tidak boleh melihat kearah mana-mana.
Kita boleh menjadi teman yang baik dengan menghormati apa yang ingin oleh mereka ataupun tidak akan membantah cadangan mereka dengan mengatakan 'TIDAK MAHU' Saya telah mendengar apa masalah mereka dan memberitahu mereka apa yang harus dilakukan olehnya.Mereka itu memerlukan telinga untuk mendengar masalah mereka. Basyirah 1N1
Untuk menjadi sahabat yang baik kepada teman-teman saya, saya haruslah jujur dan amanah. Kalau dia memberi rahsia kepada saya, saya harus menyimpannya. Saya telah mengajar sahabat saya di sekolah rendah dengan mata pelajaran Matematik dan Sains pada
tahun lalu sebelum PSLE. Dia mahu seorang untuk mengajarnya, jadi saya menolongnya dengan pelajarannya.
>>R@Ch3L ThOm@S~1E1<<
Jujur dan taat sangat penting dalam persahabatan kita.Jujur adalah salah satu daripada ciri ciri sahabat yang baik.Jikalau tiada kejujuran antara sahabat, sahabat tidak akan percaya kita.Taat juga salah satu daripada ciri ciri sahabat yang baik.Jikalau sahabat menggunakan kita dan selalu bersama org lain,adalah itu seorang sahabat?
Muhammad MIrza Bin Zulkifli~1E1~
Untuk menjadi sahabat yang baik, kita harus mempunyai sifat-sifat yang baik seperti bersopan-santun dan memahami perasaan orang lain. Jika kita bersopan-santun, kita senang dapat kawan kerana kita tidak biadab apabila bercakap dengan kawan. Dan jika kita memahami perasaan orang lain, kita tidak mengejek kawan kita yang lemah.
Ikhmal Dzulkaflee, 1E1
Untuk menjadi teman yang baik:
1>setia
2>jujur
3>berbudi bahasa
Ciri-ciri ini sungguh penting dalam persahabatan.Jika teman kita tidak setia,dia akan cakap perkara yang tidak baik di belakang kita.Maka itu kita harus ada teman yang jujur.Jika teman kita jujur,dia tidak akan berbohong.Mempunyai kawan yang berbudi bahasa penting juga kerana teman kita akan mencerminkan tentang diri kita juga.Orang lain akan berfikir jika teman kita tidak berbudi bahasa,kita juga sedemikian kerana kita bergaul dengannya.
Muhammad Irwan Bin Abdul Rahim<1E3>
Pada minggu ke 8 ini, kita akan berbincang tentang sahabat.
Bagaimana kamu boleh menjadi sahabat yang baik kepada teman-teman karib??
Apa yang telah kamu lakukan untuk sahabat kamu??
Sahabat...
Seseorang sahabat harus berperangai dan bersikap baik supaya orang lain mahu bersahabat dengannya. Dia harus menghormati sahabatnya kalau dia mahu sahabatnya menghormatinya. Jika dia bersikap jahat atau sombong, tiada orang yang mahu bersahabat atau berbual dengannya. Walaupun bersikap baik ialah salah satu ciri yang semua orang mahu daripada sahabatnya, sahabatnya sendiri tidak boleh seseorang yang jahat dan tidak mempedulikannya. Misalnya, saya boleh ada 'sahabat', A, yang tidak pedulikan saya. Dia malas dan mahu berhibur sahaja. Mungkin, dengan kata-kata manisnya, dia cuba perangkap saya untuk membuat kerja sekolahnya. Saya patut berhati-hati dengan 'sahabat' yang begini. Saya juga menasihati yang lain supaya mereka berhati-hati. Untuk apa yang saya telah lakukan pula, saya telah menolong beberapa sahabat saya dengan nasihat, pelajaran dan kadang-kadang bergurau-senda dengan mereka. Persahabatan ini penting dalam kehidupan setiap manusia. Tanpa ini, kita akan hidup dalam kesunyian.=>
~*~Muhd Firman~*~
~*~1E3~*~(26)~*~
Seorang kawan haruslah seorang yang baik hati, suka menolong, amanah, jujur.ciri-ciri ini penting kerana kawan itu boleh dipercayai.Jika kita memerlukan pertolongan, seperti tidak hadir ke sekolah, kawan itu boleh membawa kerja rumah kepada kami atau mengajar kami bagaimana untuk membuat soalan yang tidak kami fahamkan.Jika diamanahkan dengan sesuatu, dia akan cuba dengan sedaya upaya untuk melaksanakan kerja itu.Satu lagi ciri-ciri sahabat yang baik adalah sopan santun kerana jika tidak, apabila dia pergi ke rumah teman-teman, dia mungkin tidak akan bersikap sopan dan akan dilarang pergi ke rumah itu. Seseorang itu akan dipandang rendah orang ramai.sudah panjang saya tulis masa untuk saya pergi.
oleh
Muhammad Hanif,kelas 1e1.
This comment has been removed by the author.
Sahabat yang baik ialah seorang yang baik hati, jujur, bersopan-santun dan tidak mengeluarkan kata2 yang kasar dan menyakiti hati.Dia juga tidak biadab dengan orang yang lebih tua daripadanya.
Saya pernah menolong sahabat saya dengan menelefonnya untuk memberitahu tentang kerja rumah jika dia tidak hadir ke sekolah.Saya juga pernah membelikan nasi untuk dia jiak ada rama orang yang hendak membeli makanan.Sahabat haruslah menolong satu sama lain jika dalam kesusahan.
*Irsyad*(1E4)
This comment has been removed by the author.
This comment has been removed by the author.
This comment has been removed by the author.
Pendapat saya tentang topik ini ialah,pertama sekali untuk menjadi seorang sahabat yang baik kepada kawan-kawan adalah kesetiaan.Adakah mereka setia berkawan dengan kamu?Adakah mereka berkawan dengan kamu hanya untuk mendapat nama?Hanya Allah swt saja yang tahu betapa setianya seseorang itu terhadap kawan-kawannya.Saya pun fikir kejujuran penting kerana saya tidak mahu seorang kawan yang bersikap talam dua muka.Di depan kamu dia akan bersikap lain tetapi di depan orang lain dia akan bersikap lain.Saya berkata begini kerana saya pernah mendapat kawan begini di sekolah rendah.Saya juga fikir seorang itu harus suka membantu kawan-kawannya yang berada di dalam kesusahan kerana jika kita tidak memahami apa yang diajarkan oleh guru dia akan menolong,jika kita tidak berada di sekolah dia akan mengambil kerja sekolah kita dan sebagainya.Begitulah pendapat saya.
Muhammad Syahiiruddin Bin Sarbini
1E1(30)
seorang teman yang baik
** tidak mendorong seseorang itu membuat sesuatu seperti merokok
**seorang kawan baik seharusnya baik hati , jujur , taat dan banyak lagi
**Jika dibiri rasiah dan disuruh menyimpannya akanlah seseorang itu menyimpan nya
**harus lah menghornati satu sama lain
**seorang kawan baik akan menolong kawannya jika dalam kesusahan.Seperti jika dia tidak bagus dalam mata pelajaran , kawannya itu akan menolong dengan mengajarnya
**akan menolong kawannya mengambil kerja rumah jika kawannya itu tidak dapat hadir
ITULAH PENDAPAT SAYA
~~NaZerA BaNu~~1 E 1
seorang teman yang baik
** tidak mendorong seseorang itu membuat sesuatu seperti merokok
**seorang kawan baik seharusnya baik hati , jujur , taat dan banyak lagi
**Jika dibiri rasiah dan disuruh menyimpannya akanlah seseorang itu menyimpan nya
**harus lah menghornati satu sama lain
**seorang kawan baik akan menolong kawannya jika dalam kesusahan.Seperti jika dia tidak bagus dalam mata pelajaran , kawannya itu akan menolong dengan mengajarnya
**akan menolong kawannya mengambil kerja rumah jika kawannya itu tidak dapat hadir
ITULAH PENDAPAT SAYA
~~NaZerA BaNu~~1 E 1
jika saya ingin menjadi seorang teman yang baik,saya sepatutnya jadi jujur kepadanya.jika kita jujur antara satu sama lain,seseorang teman boleh mempercayai kita untuk tidak memberitahu orang lain tentang rahsia masing-masing.jika kita jujur,kita boleh memberitahu maslah masing-masing dan mungkin dia boleh menolong kita.kita juga perlu jadi seorang teman yang baik hati kerana kita boleh menolong satu sama lain dalam pelajaran.kita akan menolong antara sata sama lain jika kita dalam kesusahan.saya telah menolong seorang sahabat saya yang lemah dalam pelajaran matamatik.saya bangga apabila dia lulus dalam satu ujian matamatik.ini sajalah pendapat saya.
Dian
This comment has been removed by the author.
`# SAYA AKAN SELALU MANOLONG KAWAN SAYA JIKA DALAM KESUSAHAN
`# SAYA AKAN BERADA DISISI KAWAN SAYA SELALU
`# SAYA AKAN MENDORONG KAWAN SAYA BERBUAT PERBUATAN YANG BAIK DAN SELALU AKAN MENDORONGNYA UNTUK PERFIKIRAN POSITIF
`# SAYA AKAN BERTERUS TERANG DENGANNYA KAWAN SAYA JIKA SAYA TIDAK SUKA PERBUATAN ATAU KELAKUANNY SUPALYA DIA BOLIEH BERUBAH UNTUK MENJADI LEBIH BAIK!
ayuni ; 1e1
Saya boleh menjadi sahabat yang baik dengan menunjukkan keprihatinan saya terhadapnya....Kerana seorang sahabat yang baik harus menolong temannya yang dalam kesusahan,menjaga perasaannya dan yang paling penting untuk saya adalah seorang sahabat tidak akan meninggalkan temannya.....saya telah menemani sahabat saya pulang rumah dan saya juga pernah menolong sahabat saya dalam pelajaran matematik....
Siti (1E4)
Saya boleh menjadi kawan yang sejati dan baik jikalau dia ingin berkawan dengan saya.Sebagai kawan yang baik,kita harus tunjuk kepadanya yang kita hormat adat dan budayanya.Kita juga harus menjaga perasaannya dan membantunya jikalau dia ingin bantuan saya.
Amalina ; 1N1
Seorang karib yang baik ialah karib yang jujur dan pandai. Jika dia jujur,dia tidak akan menipu kita.Jika dia pandai,dia juga akan menolong kita dalam pelajaran.
Sahabat yang baik seharusnya jujur,baik hati,bijak & banyak lagi.Jujur faktor yang penting kerana sahabat itu tidak harus memperdayakan sahabatnya supaya tidak kehilangan sahabatnya.Baik hati adalah faktor yang penting kerana sahabat kita akan lebih suka berkawan dengan kita dan tentu tidak berkawan dengan kawan yang jahat.Bijak juga faktor yang penting kerana kita dapat menolong sahabat yang tidak memahami pengajaran guru.Terima kasih!!!
Izwan;1E1
Pada pendapat saya tentang topik ini ialah,saya boleh menjadi seorang teman karib yang baik dengan membantu kawan-kawan apabila mereka memerlukan saya.Saya juga harus bersikap jujur,amanah dan setia dan juga
memahami kerana saya mahu mereka bersikap begitu juga terhadap saya.
Wan
1E1(38)
jika kami hendak menjadi seorang sahabat yang karib, kami hendaklah menjadi...
-baik hati
-seronok
-bertanggung jawap
-menghormat
-mendukung
dan ada banyak lagi ciri-ciri bagi seorang sahabat yang karib
Syed Hud Alkaff 1N1
Untuk menjadi serang sahabat yang baik, kita haruslah baik hati kepada sahabat kita dan orang lain seperti jika sahabat itu dalam kesusahan, haruslah jika sahabatnya membantu orang itu untuk menyeselaikan masalah itu.Juga, sahabat it haruslah bertanggungjawab untuk kesalahannya sendiri dan tidak menyalahkan orang lain jika dia di dalam kesalahan. Inilah apa yang telah saya lakukan kepada sahabat saya di sekolah rendah dan mereka memujiku kerana aku telah menjadi sahabat yang ammat baik pada mereka.
<<|JuRi2@!|>>
Seorang sahabat yang baik ialah seorang yang menolong sahabatnya dalam apa2 kesusahan.Mereka tidak boleh berasa malu jika sahabatnya miskin atau mukanya kurang cantik.
Mohd Hizbulla(1E3)
This comment has been removed by the author.
This comment has been removed by the author.
Post a Comment
<< Home