Tuesday, July 31, 2007

1EN- P3M4: Ulam - Makanan Tradisional

Kali ini kamu dikehendaki membuat kajian sendiri tentang sejenis ulam. Tuliskan laporan pendek mengenai ulam itu iaitu
- bentuknya
- khasiatnya
- cara ia dimakan
- dan informasi-informasi lain yang menarik tentang ulam itu.

Juga berikan pendapat kamu mengapa ulam jarang dimakan oleh anak-anak muda zaman ini.

#Jangan lupa tuliskan nama dan kelas kamu, ya... selamat mencuba...

12 Comments:

At 4:38 pm, Blogger Unknown said...

Ulam yang saya memilih ialah buah petai.Buah petai terdapat dalam deretan panjang dan nipis yang dikenali segabai "papan".Setiap papan mempunyai 12 hingga 15 biji benih tersusun memanjang sepanjang buah.Buah petai yang cukup tua boleh sepanjang 50 sentimeter.Ia mempunyai kulit yang tebal tetapi lembut,benih dan licin berwarna kemerah-merahan.

Buah petai yang berbintil-bintil mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi manakala buah petai yang tumbuh dalam hutan mengandungi 8 peratus lemak,11 peratus karbohidrat,71 peratus air,banyak mengandungi kalsium,fosforus,zat besi,vitamin A,B1,B2 dan C.Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat pula mempunyai kandungan khasiat kurang.Biji petai boleh merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis,mencuci buah pinggang dan mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

Buah petai dimakan sebagai ulam oleh peminat.Petai dicicah dengan samabal untuk dimakan bersama nasi.Biji-biji petai yang dikupas juga dimasak sambal tumis bersama udang atau kerang.

Petai kurang popular kerana mempunyai bau yang kuat.Pokok petai merupakan pokok saka yang besar dan rendang dan boleh tumbuh setinggi 30 meter.Pokok petai mula berbunga ketika berusia lima tahun. Pendebungaan pokok ini adalah melalui spesies kelawar Eonycleris spelaed yang juga merupakan agen pendebungaan bagi Pokok Durian. Oleh kerana pokok petai dan pokok durian adalah bermusim, kelawar Eonycleris spelaed mencari makan dari madu pokok Bakau jenis Sonneratia pada musim yang lain.Pokok petai biasanya ditanam menggunakan biji benih.


Irsyad 1e4

 
At 5:38 pm, Anonymous Anonymous said...

Ulam yang saya pilih ialah ulam raja.

Ia berwarna ungu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna ungu merupakan sayuran ulam yang amat popular.

Ulam raja mengandungi 3% protein, 0.4% lemak dan karbohidrat. Ia juga kaya dengan kalsium dan vitamin A. Oleh kerana kandungan kalsium yang tinggi ulam raja dikatakan sesuai sebagai makanan bagi menguatkan tulang. Ulam raja juga sesuai sebagai agen pencuci darah.

Ulam raja dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.

Ulam raja biasanya sangat digemari oleh orang Malaysia.

Pada zaman sekarang anak-anak jarang makan ulam kerana pada zaman sekarang ada makanan yang lagi enak daripada ulam.



Ikhmal 1E1

 
At 7:58 pm, Blogger Jay Jay said...

Ulam yang sya pilih ialah ULAM RAJA

Ulamnya yang digelarkan "ulam raja" telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.

Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.

!Mirza !1E1!
!xobile

 
At 7:29 pm, Blogger Nazera said...

Ulam yang telah saya pilih adalah Petai.

Bentuknya panjang dan ia berwarna hijau. Bijinya adalah apa yang kita makan.Biji nya mempunyai kulit yang tebal tetapi lembut, benih dan licin berwarna kemerah-merahan yang bileh dimakan mentah ataupun dibakar. Ia mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.Biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.
Informasi menarik tentang ulam ini adalah ia merupakan pokok saka yang besar dan rendang dan boleh tumbuh setinggi 30 meter.

Nazera Banu
1e1

 
At 3:19 pm, Anonymous Anonymous said...

Ulam yang saya pilih ialah jering.

Bentuk buahnya bulat. Manakala kulit buahnya keras, berbentuk bulat dan mengkung serta berwarna hitam kecoklatan. Khasiat jering ini ialah 3.5% protein, 0.1% lemak, 1.7% karbohidrat, banyak mengandungi kalsium, banyak mengandungi fosforus, banyak mengandungi besi, vitamin A vitamin B dan juga vitamin C. Rasanya sungguh enak jika terutama sekali dimakan bersama sos ataupun kelapa parut bergula.
Biji jering mengandungi sejenis bahan alkoloid yang memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Jering juga boleh dijadikan penawar bagi penyakit kencing manis dengan diambil berterusan dalam kadar yang sedikit kerana kandungan alkoloid di dalam jering mampu mengimbangkan kandungan gula di dalam badan seseorang itu.

*Nuraisyah
*1e1

 
At 6:44 pm, Blogger BlogMachine said...

Ulam yang saya pilih ialah terung pipit.Buah mudanya berbentuk bulat dan berwarna hijau.Di dalam buahnya terdapat banyak biji kecil.Akar tumbuhan digunakan sebagai ubat bagi kaki yang luka.Buahnya juga boleh menurunkan tekanan darah tinggi.Terung pipit boleh dimakan bersama dengan tempoyak.Khasiatnya adalah untuk menerangkan mata terutamanya untuk mereka yang mata rabun.Ada juga hikayat tnetang terung pipit pada zaman dahulu.Sungguh menarik!!!!!Ulam jarang dimakan oleh para remaja zaman ini kerana makanan segera sekarang telah merangkumi sebahagian besar daripada makanan mereka.Ia juga disebabkan mereka sekarang hidup dalam zaman yang moden,dan mereka rasa yang ulam itu tidak sedap dan aneh rasanya.

 
At 6:45 pm, Blogger BlogMachine said...

Atas karya izwan,1E1

 
At 8:53 pm, Blogger adam said...

Saya memilih ulam raja. Ia mempunyai bau mangga. Ia ada rasa sedikit pahit tetepi ia sedap apabila dimakan dengan sambal belacan yang pedas.

Ia mempunyai daun yang kecil dan lebat.Ulam raja bewarna hijau kekuningan.Ulam raja ini memang susah didapati. Saya rasa ia hanya dijual di geylang. Ia mempunyai banyak zat-zat seperti kalsuim,zat besi,fosforus dan vitamin A,B1,B2 dan C.
Pada pendapat saya,ulam jarang dimakan oleh anak-anak muda zaman ini kerana ramai kanak-kanak tidak suka mekan sayur

 
At 3:00 pm, Blogger 'weeelia said...

Ulam yang saya pilih ialah jering.Ia mempunyai rasa yang pahit dan berbau menyebabkan golongan muda kurang menyukainya.Rasanya enak terutama sekali apabila dimakan bersama sos ataupun kelapa parut bergula.Jering mengandungi zat seperti,3.5 peratus protein,0.1 peratus lemak,1.7 peratus karbohidrat dan juga mengandungi banyak kalsium,fosforus dan besi.Bukan itu sahaja,terdapat juga vitamin A,B dan C dalam jering yang berbentuk bulat dan bewarna hitam.Bagi pesakit kencing manis,jering boleh menjadi penawarnya jika diambil berterusan.

EMELDA-1N1

 
At 3:21 pm, Anonymous Anonymous said...

Ulam yang saya pilih ialah daun selasih.Baunya sungguh wangi. Rasanya juga sedap.Ia lebih sedap apabila dimakan dengan cuka. Warnanya hijau dan bentuknya seperti daun.Saya suka makan ulam itu.

 
At 9:49 pm, Blogger Sophie said...

Ulam yang saya pilih adalah penggage.Ia adalah sejenis pokok yang merayap.Daunnya bentuk bulat.Dari akar hingga daun boleh dimakan.Kata orang-orang tua,ia berkhasiat awet mudah

~~Shafiqah,1n2~~

 
At 3:22 pm, Blogger SingaporeRulez94 said...

Ulam yang sya pilih ialah ULAM RAJA

Ulamnya yang digelarkan "ulam raja" telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.

Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.


Irwan 1e3

 

Post a Comment

<< Home