Tahniah kepada pemenang SAHIBA2006!!
Semalam, 14 Sep 2006, suatu pertandingan SAHIBA telah diadakan di Sekolah Menengah Coral. 5 sekolah telah mengambil bahagian dalam 2 kategori iaitu Kategori A -untuk pelajar2 Ekspres dan Normal Akademik dan Kategori B - untuk pelajar2 Normal Teknikal. Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 2 peserta bagi setiap kategori.
Dari Sekolah Katolik Hai Sing,
Kategori A diwakili oleh
1) Mohd Naim 3E6
2) Nadiah Azlan 3E5
Kategori B diwakili oleh
1) Fathin Asyraf 3T1
2) Nabilah Ulfah 3T1
Dengan bangganya saya mengumumkan bahawa Mohd Naim telah mengharumkan nama sekolah dengan menjulang hadiah PERTAMA dalam kategorinya. Dia memenangi trofi serta sekotak SAHIBA.
Fathin dan Nabilah juga todak kurang hebatnya kerana berjaya ke pusingan akhir dan mendapat tempat empat TERATAS. Mereka memenangi sekotak SAHIBA setiap seorang.
Nasib tidak menyebelahi Nadiah kerana pada pusingan pertama sahaja dia mendapat huruf huruf yang amat sukar digunakan untuk mencipta perkataan. Namun dia memberikan saingan yang hebat dalam kumpulannya kerana markah yang dia peroleh tidak jauh dengan yang berjaya.
Saya ingin mengucapkan SYABAS kepada semua yang telah sudi menyertai pertandingan ini. Semoga kejayaan kamu dijadikan contoh.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home