P3M6 -3E Lawatan ke Mersing
wwwPada 29 Julai 2006, Pelajar-pelajar Men 3 ( Ekspres, Normal Akad, Normal Teknikal) dan guru-guru Bahasa Melayu HaiSing telah bersama-sama ke Mersing,Johor Baru.
Agenda kami adalah seperti berikut :
6:45 pagi : berkumpul di sekolah
7:15 pagi : bas bergerak ke Johor
8:30 pagi : Sampai di Gelang PAtah untuk sarapan pagi
11:55 tgh hari : Sampai di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Mersing (di sini pelajar2 berpeluang berinteraksi dengan penghuni rumah yatim serta mengetahui serba sedikit tentang rumah kebajikan itu. Kami juga mempersembahkan persembahan Dikir Barat serta dijamu makan tengah hari ala kampung. Asam pedas= ada kuasa tendangan!!!)
3:15 tgh hari : sampai di kedai menjual keropok
(pelajar2 memborong keropok leko... memang lazat!)
6:45 ptg : tiba di Anjung Warisan Johor untuk makan malam
(ditaja oleh guru-guru Haising. Pelajar lelaki makan tidak ingat dunia... hehehe ) 8:30 mlm : berangkat pulang
10:20 mlm : sampai di Sekolah Katolik Hai Sing
*********************************************************************************
Kepada pelajar2 yang turut serta,
i) cuba kamu ceritakan satu pengalaman manis yang tidak dapat kamu lupakan.
ii) bagaimana lawatan ini boleh diperbaiki
iii) apakah pengajaran di sebalik lawatan ini..
Kepada yang tidak berkesempatan mengikuti kami,
i) patutkah lawatan seperti ini diadakan? Mengapa?
ii) apakah cara lain yang boleh dilakukan untuk kegiatan bersatu padu atau "bonding" yang boleh dilakukan di samping kita beramal?
*jangan lupa tuliskan nama serta kelas kamu...

1 Comments:
Pengalaman manis yang tidak dapat saya lupakan ialah perjalanan kami di dalam bas. Saya dapat berinteraksi bersama para pelajar dari kelas-kelas lain dan saya telah mengenali lebih tentang beberapa kawan sekolah saya.
Lawatan ini boleh diperbaiki dengan memanjangkan masa lawatan tersebut dan ke tempat lain.
Pengajaran yang saya belajari ialah kami harus bersyukur yang kami ada keluarga yang sayang kepada kami.
Post a Comment
<< Home