Friday, August 04, 2006

P3M6- 1EN Permainan Tradisional

Pelajar-pelajar Menengah satu telah pun diperkenalkan kepada beberapa permainan tradisional Melayu. Saya berharap para pelajar dapat menyebarkan ilmu kepada teman-teman yang lain.
Soalan perbincangan kita minggu ini ialah...

= Bagaimana kamu sebagai pelajar boleh memastikan lebih ramai remaja yang gemar mempelajari serta memainkan permainan tradisional?
= Apakah pendapat kamu tentang permainan tradisional?
= Bincangkan tentang satu permainan tradisional yang kamu gemari.

#Jangan lupa menulis nama n kelas kamu...

8 Comments:

At 4:59 pm, Blogger S said...

This comment has been removed by the author.

 
At 8:53 pm, Blogger Ӓiƞ ❤ said...

>>(1)Sebagai pelajar,saya rasa kita boleh menyuruh guru2 mengajar pelajar2 Permainan Tradisional di sekolah.

>>(2)Saya rasa ada Permainan Tradisional yg menarik.Tetapi ada pula yg membosankan.Mungkin kerana saya rasa ada permainan yg lebih moden dan menarik hati saya.

>>(3)Permainan Tradisional yg saya gemari ialah Congkak.Ia senang dimain.Tetapi permainan ini,seseorang harus mempunyai pengiraan yg tepat dan cepat.


-->>Nurain Bte Rahamat..1n1..HSCS..:D

 
At 9:54 pm, Blogger S said...

alamak, saya lupa bincangkan permainan saya..

sorry, but cannot explain in malay. susah

 
At 2:04 pm, Anonymous Anonymous said...

1. guru-guru boleh memperkenalkan permainan tradisional di sekolah.
seperti congkak, buat rumah batu, galah panjang.

2. pada pandangan saya, permainan tradisional ini membosankan kerana ada permainan yag lagi bagus. seperti bermain di komputer. walaubagaimanapun saya rasa permainan tradisional juga menarik seperti galah panjang yang kita telah bermain di sekolah. (:

3. permainan yang kita bermain di sekolah iaitu galah panjang. kita harus bekerja dalam kumpulan kita.


ZAHIRAH
IE3

 
At 2:33 pm, Blogger Z A H I R A H ✿ said...

1. Bagi saya, seorang pelajar itu harus rajin belajar mengenai Permainan Tradisional dengan sendiri kerana ini ialah salah satu perkara yang harus kita ingati sampai bila-bila pun kerana kita adalah seorang pelajar melayu. Selain itu, guru-guru boleh juga mengadakan aktiviti-aktiviti Permainan Tradisional. Ini lebih menarik dan pelajar-pelajar tidak akan berfikir yang Permainan Tradisional adalah sesuatu yang membosankan kerana ramai pelajar-pelajar mempunyai fikiran sebegitu.

2. Disebabkan teknologi pada hari ini, ramai pelajar-pelajar melayu lupa pada Permainan Tradisional. Teknologi pada hari ini lebih menarik dan menghiburkan kepada mereka. Begitu juga pendapat saya. Pada masa dahulu, teknologi masih belum ada. Kini, ia dikenali sebagai sesuatu yang canggih dan lebih menarik. Sebab itulah ramai pelajar-pelajar melayu termasuklah saya, lebih gemar bermain permainan yang ada teknologi.

3. Di antara semua permainan tradisional, yang paling saya gemari ialah Masak-Masak. =D Permainan ini hanyalah boleh dimainkan oleh kanak-kanak perempuan. Sampai sekarang, permainan Masak-Masak masih dijual di pasaran tetapi kini, ia lebih berwarna-warni. Ada juga yang disiapkan dengan dapurnya. Hingga sekarang, saya masih bermain Masak-Masak TETAPI hanya ketika saya bersama saudara-mara saya yang berumur diantara 4-9 tahun.

*Masak-Masak memang BEST!!*

*._.Nur Zahirah Bte Rosdan._.* 1N1

 
At 8:17 pm, Blogger crapp3R said...

1)saya rasa guru-guru boleh mengajar murid-muridnya tentang permainan tradisional dan kita boleh membut satu kempen tentang permainan tradisional.
2)saya rasa permainan tradisional memang seronok dan ia menunjukkan yang orang-orang zamzan dahulu sungguh kreatif.
3)permainan tradisional yang saya suka adalah gasing.

 
At 8:18 pm, Blogger crapp3R said...

ini irsyad kelas 1E3 minta maaf

 
At 8:39 pm, Blogger Adzfar Adz said...

1. membuat permainan itu lebih mencabar supaya ia lebih digemar remaja.

2. permainan tradisional menarik tetapi kebanyakannya kurang cabaran.

3. saya sangat gemari congkak kerana ia menggunakan banyak kuasa berfikir untuk memenangi permainan ini.

aDZfAr 1E6

 

Post a Comment

<< Home