Tuesday, July 18, 2006

P3M4- Karnival Untuk Masyarakat

Selamat berjumpa lagi pelajar-pelajar...

Maaf kerana terlambat memberi topik kali ini.
Topik kali ini memerlukan pelajar mengimbas pengalaman Sabtu lalu di mana Karnival Untuk Masyarakat Hai Sing berlangsung dengan jayanya. Cikgu mahu pelajar-pelajar mencatatkan pengalaman kamu di sini samada yang manis ataupun sebaliknya. Contoh: persiapan untuk HAri itu, sambutan di gerai kamu dan sebagainya. Semoga yang lain boleh menjadikan pengalaman satu ikhtibar untuk masa depan.

Jangan lupa menulis nama dan kelas kamu!

9 Comments:

At 3:12 pm, Blogger S said...

ini untuk semua orang ya??

 
At 11:52 am, Blogger anjungkami said...

ya untuk semua...

saya setuju dengan zafiz. Walaupun penat dan hampir tidak boleh berdiri, saya berasa puas hati dengan sambutan yang diberikan oleh keluarga HaiSing. Kegiatan ini juga telah mengeratkan perhubungan antara saya dan Form kelas saya-1T1. Saya juga dapat menilai pelajar-pelajar yang rajin,bertanggungjawab serta bertungkus lumus kerana inginkan kejayaan. Kepada pelajar2 1T1 yang bekerja tanpa mengira penat atau waktu, saya ucapkan ribuan terima kasih. Kepada pelajar-pelajar lain, tahniah atas kejayaan semua dan terima kasih atas dedikasi kamu.

-cikgu zu

 
At 9:29 am, Blogger S said...

This comment has been removed by the author.

 
At 7:19 pm, Anonymous Anonymous said...

saya rasa karnival itu telah memanfaatkan saya. sebagaimana yang telah dicakapkan oleh fifi, kelas kami telah bekerja bertungkus-lumus untuk mengumpul koupon yang banyak supaya dapat membantu orang-orang yang kurang bernasib baik.saya harap karnival ini, akan dapat menugumpul dana dengan lebih banyak pada masa depan.

Nurzahirahbinteismail
E3

 
At 4:40 pm, Anonymous Anonymous said...

Karnival itu sangat seronok dan berfaedah bagi saya. Kelas saya menjual biskut, kentang goreng, dan popkorn. Pada hari sebelum karnival itu, kami telah membuat biskut itu dan banner untuk booth kami. Jualan kami sempurna dan saya telah berseronok pada hari itu.Saya harap karnival itu telah mengumpul dana yang berlumayan.


Hawa
1E4

 
At 9:30 am, Blogger S said...

mana larh semua orang ini

 
At 9:18 pm, Blogger Ӓiƞ ❤ said...

Saya rasa karnival yg diadakan pada hari sabtu lalu amat seronok.Kelas saya,1n1 menjual pizza dan ayam.Nama kedai kami ialah Piz & Chic.Karnival ini juga memerlukan kerjasama kelas.Ia juga memerluka pertolongan antara satu sama lain.Kelas saya juga telah mengumpulkan jumlah yg byk sekali utk didermakan kpd murid2 yg memerlukan bantuan.


~~AiN~~1n1~~HSCS~~

 
At 6:48 pm, Blogger Swit FaraH said...

asslam'kom sumenye
15 July 2006, iaitu hari yg letih atau agak "capek" malah telah pun membuat saya lebih bersemangat dan bertenaga untuk hari yg istimewa yang dikenali sebagai, Hai Sing Karnival 2006.
Alhamdulilah, kelas saya t'lah mengumpul dana sebanyak lebih daripada $550 dalam karnival itu.Saya amat bangga dengan kerjasama dan semangat yang diberikan oleh kami. Saya juga berasa begitu bertuah kerana t'lah mempunyai kelas yang sungguh berbudi baek kerana t'lah datang awal(termasok saya) pada pagi itu untok menyiapkan makanan dan minuman. Kedai saya t'lah menjual pizza dan ayam goreng( lazat sunggoh). Sebelom saya "menghilangkan" diri, saya ingin mengucapkan ribuan Terima Kaseh kepada kawan sedarjah saya yang t'lah memberi sokongan yang terbaek sekalie pada hari tersebot.Wang itu akan disumbang ke anak yatim seperti mana Mrs Mary Koh t'lah mengumumkan, namun begitu saya tidak berasa kecil hati atau tersinggung yang mungkin t'lah membuang masa saya hanya sekadar mengumpul duit utk anak2 yatim tetapi yang pasti saya ikhlas dengan pemberian wang itu.
wasallam.

Lurve,
.::FaRaH 1n1::. muah

 
At 8:47 pm, Blogger Adzfar Adz said...

karnival untuk masyarakat adalah sesuatu pangalaman saya tidak akan lupa. walaupun saya berasa penat selepasnya, saya seperti ada perasan kejayaan. terdapat banyak permainan untuk dimain dan makanan yang enak. gerai kelas saya telah menjual semua biskut,sosej dan bebola ikan kita dalam masa 1 jam sahaja! selepas menjual makanan kita, kita berjalan-jalan ke gerai-gerai lain. saya sangat suka permainan 'dunking machine' kerana saya dapat menjatuhkan rakan saya ke dalam air.

AdZFaR 1E6

 

Post a Comment

<< Home