P2M6- 1EN
Berjumpa kita sekali lagi di ruangan ini.
Saya harap pelajar-pelajar sudah bersedia untuk menghadapi cabaran seterusnya sewaktu di Sekolah Menengah ini.
Topik Minggu ini ialah : ADAB
Bagaimana kita boleh mengekalkan ADAB dalam masyarakat kita?
Selamat Menulis... n semoga berjaya dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2006.
* Jangan lupa menulis nama di akhir pendapat kamu...

21 Comments:
Kita boleh mengekalkan ADAB dalam masyarakat melayu kita ini dengan melalui proses peningkatan di dalam diri kita.
Ia haruslah bermula dari kita untuk membuktikan kebajikan yang timbul dari kesucian
Pertama :
Terhadap orang yang lebih tinggi daripada kita, baik zahir mahupun batin, haruslah kita menghormatinya. Begitulah seharusnya hidup berADAB saling harga-menghargai.
Kedua:
Terhadap orang yang sedarjat dengan kita, dalam segala-galanya, jangan sampai menjadi pesengketaan. Sebaiknya harus bersikap rendah hati; bergotong royong dalam melaksanakan perintah agama mahupun negara.
Ketiga:
Terhadap orang yang dibawah kita, jangan hendak menghinakannya atau berbuat tidak senonoh contoh bersikap angkuh, sebaliknya harus belas kasihan dengan kesedaran agar mereka berasa senang dan gembira hatinya.
TERHADAP FAKIR MISKIN:
Harus kasih sayang.Ramah tamah, serta bermanis budi. Bersikap murah tangan, mencerminkan bahawa kita masih berADAB
Salamahafifi bte Mohd Yusnaieny
1E3
NOTA:Ini ditulis di dalam keadaan tidak sedar diri. Dah malam.. ngantuk..Minta maaf jika menyeleweng. =)
Tuhan Merahmati
Adab ialah kesopanan yang harus diperolehi setiap orang di dunia. Tanpanya, kita boleh menjadi seorang yang biadab dan tentu tidak disukai ramai. Kini, boleh dikatakan hampir kesemua masyarakat melayu tidak mempraktikan adat. Salah satu sebabnya adalah mungkin adab ini tidak dikekalkan hingga sekarang.
Cara 1: Setiap sekolah mengadakan bengkel tentang adat. Dengan cara ini, ia dapat memberi kesedaran kepada mereka dan juga supaya generasi yang akan datang tidak akan terlalai.
Cara 2: Sebagai seorang individu, kita memainkan peranan yang penting untuk menunjuk kepada adik-beradik kita contoh yang baik seperti menghormati orang tua kita. Dengan cara itu, mereka akan mengikut contoh kita dan akan menghormati ibubapa.
Saya harap dengan kedua cara ini, ia dapat megekalkan ADAT dalam masyarakat kita...=)
NUR ZAHIRAH BINTE ISMAIL
1E3...
minta maaf ialah adab bukan adat*
Ish. Jikalah saya tidak mengantuk semalam malam.. Nak dapat tempat pertama punya pasal. Kiasu betul Salamahafifi ni.
memang betul. salamahafifi selalu nak jadi orang yang pertama=)
adab adalah kelakuan baik atau lebih dikenali sebagai 'manners' dalam bahasa inggeris . adab menunjukkan kesopanan yang ada dalam diri seorang individu . tetapi malangnya kebanyakan remaja zaman sekarang dikatakan biadab dan kurangajar . mereka tidak menghormati sesiapun kecuali manusia yang dikenali sebagai 'teman' .
cara untuk membuat mereka lebih berminat untuk memupuk adab dalam diri mereka ialah
-- oleh kerana remaja sekarang tergila-gilakan artis-artis popular jadi mungkin sebuah konsert kecil boleh diadakan dan si artis-artis ini mungkin boleh menasihati peminat-peminatnya untuk beradab .
_-- nur liyana 1e3
heehees mmg btol
hmmm...pada pendapat saya, untuk mengekalkan adab dalam masyarakat kita, kita harus mengAMALkan adab dalam diri KITA dan seterusnya membimbing generasi-generasi akan datang tentang pekara ini. Sekaligus mengabadikan adab di dalam masyarakat kita. Tetapi sayangnya pekara ini dipandang rendah akan generasi-generasi sekarang. saya rasa untuk mengingatkan mereka tentang kepentingan adab dalam masyarakat, kita boleh selalu membincangkan akan pekara ini di sekolah bersama guru-guru dan rakan-rakan sedarjah serta meluahkan pandangan masing-masing tentang adab yang dipraktikkan mereka.
cikgu, saya hairanlah, kenapa pekara seperti adab ini boleh menjadi masalah, amalkan pun susah sangat ke cikgu?
nur adibah
'1e3'
semua orang harus adad adab di dalam diri sendiri.tanpa adab,hidup kita akan menjadi huru-hara.kita harus mengajar generasi generasi zaman sekarang supaya mereka mengajar generasi yang akan datang.kita juga boleh buat iklan iklan.
irsyad 1e3
Mengajar generasi yg akan datang tentang pentingnya adab? Ya mmg btol.
Adibah..perkara ini memang senang. Cuma di anggapi(spelling pun asal boleh) sebagai tidak "cool"
Memang btol.
Tak yah main2. Btol2 dah..
Adibah,
adab selalunya bermula di rumah.. n sepatutnya diterapkan dan disemaikan dalam diri seseorang itu sejak kecil lagi. Kelakuan dan tingkah laku mereka bergantung kepada cara mereka dididik n dibesarkan... Pengaruh sekeliling juga memainkan peranan.. mudah2an generasi akan datang faham akan erti ADAB n akan mempraktikkannya sebaik mungkin...
Cikgu,bdk klass 1n1 pun kena buat pasal adab eh??
Btol tu cikgu. Bak pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya.
saya cik Ain.. pelajar2 ini pun harus memberikan komen... bukankah saya sudah beritahu kelmarin...
Menurut kamus dewan,adab bererti tingkah laku serta tutur kata yang halus serta berbudi bahasa. Kelakuan dan tingkah laku seseorang bergantung kepada cara dia dididik dan dibesarkan.
Menurut pendapat saya,seseorang itu wajib beradab kerana ia membezakan antara manusia dan haiwan.Tanpa adab seseorang itu akan dicap biadab.
Bahasa menunjukkan bangsa,bangsa melambangkan ugama.
Yang Ikhlas
Hafizah
1N1
This comment has been removed by a blog administrator.
Adab adalah kelakuan yang sopan, menghormati kepada orang yang lebih tua daripada kita dan menggunakan sebagai milik sendiri(appropriateness).Adab itu bukanlah rasmi; ia menolong untuk mencipta dalam menentukan erti perkataan yg terkandung dan membuat berperikemanusiaan kita berkembang. Setiap situasi atau keadaan pasti ada adab yg sesuai dan betul: dalam hubungan ke anggota keluarga dan orang yg lebih tua daripada kita. Setiap paras juga ada adab, termasuk datang ke dalam kedatangan kebenaran.
.:FaRah:.
Adab adalah tingkah laku seseorang.Ia selalunya dididik oleh ibu bapa mereka.Jikalau ia tidak diajar bererti seseorang itu sudah dianggap biadab.Adab jugak mengikut budaya masing-masing.Sebagai umat islam,kita org mengikut adab orang islam seperti menutup aurat utk kaum perempuan,jgn kurang ajar dengan orang tua kita dan sebagainya.
Adab ialah sesuatu yang harus kita ada pada setiap masa. Tanpa adab, kita akan dipandang rendah atau kurang ajar. Sebagai seorang pelajar, kita harus beradab sopan dan menghormati guru-guru serta kawan-kawan. Sebagai seorang anak, kita harus bersopan santun, menghormati ibu-bapa dan jaga tingkah-laku kita.
Sehingga hari ini, ada banyak "Counseling" di merata dunia. Mungkin kita boleh belajar menjadi seseorang yang beradab mulia dengan mengambil kursus "Counseling" tersebut. Namun begitu, ada juga cara-cara yang lain. Sepertinya, ibu bapa harus memainkan peranan yang terbesar. Mereka harus mengajar anak-anak mereka dari kecil lagi bagaimana hendak beradab mulia. Adab datangnya dari ibu bapa yang mendidik anak-anak mereka dari kecil...
***Nur Zahirah 1N1***
Post a Comment
Links to this post:
Create a Link
<< Home